Search This Blog

Monday, September 17, 2012

Assalamualaikum.

Lama nya tak update blog ni. Sampaikan password pun dah lupa.

Banyak yang berlaku. Harap apa yang berlaku dijadikan pengajaran.

Aku still tengah biasakan diri.

Just follow the flow.


Thursday, July 12, 2012

Hmm....

Lamanya tak update blog ni.

Bersawang dah. Now nak cari mood nak berblogging.

Sebab?

Haa... Sebab?

Sebab sesuatu perkara kalau dah depan mata asyik selalu dilupakan. Now kalau dah hilang baru nak hargai.

Maksud dia?

Pikir-pikirkan lah. Dan selamat beramah...

cis.

Monday, August 22, 2011

Ku redha perpisahan ini..

Moga  hari-hari mendatang aku akan terus tabah. Berbahagialah kau di sana. Al-fatihah..

Friday, July 01, 2011

Silap naik bas!!!

Aduyaii!! Nak cepat punya pasal aku da tersilap naik bas da...
Hari Jumaat kan kena buat reten pagi.. so, plan nak naik bas yang kena bayar la kan..
Slalu naik bas shuttle yang free tu je kan...
Skali silap naik bas da..
Nasib baik ada wirda castilla tulong amik kat Komtar.
Tengkiu sangat!!!!

Wednesday, June 22, 2011

Manusia.. berbagai jenis manusia..

Huh.. mungkin apa yang barlaku kat aku bakal sampai kemuncaknya. Kalu kelmarin aku gelak sampai tak ingat dunia. Harini aku menangis teresak-esak.
Tapi aku redha.  Aku anggap ni lumrah alam.  Dah buat salah kan. Mengaku jelah.  Walaupun terpaksa menahan caci maki orang sebab marah aku buat salah.  Betulla kata orang tu, kalau benda dah jadi, marah pun tak guna.  Aku setuju dengan dia.  Kalau nasi dah jadi bubur, takkan nak buang bubur tu. Bubur pun still makanan jugak kan..  At least, sekarang kita bincang jalan penyelesaian macam mana nak bagi bubur tu sedap supaya orang tak sedar bahawa kita dah buat salah.  Tu yang aku belajar hari ini.  Hmm.. buat aku terpikir.
Aku tak terasa sangat bab orang marah aku tu.  Tapi aku hairan dengan sikap sesetengah manusia kat muka bumi ni.  Bila dah jadi kes, masing-masing nak salahkan orang tu.  Masing-masing nak tuding jari.  Masing-masing takmau salah sendiri.   Yela, sapa nak mengaku salah kan? Tapi kenapa ada orang macam tu? Kenapa ada orang yang takmau mengaku salah sendiri.. KENAPA??  Adooi.... Susah sangat ke?

Thursday, May 26, 2011

Letih! Letih!

Yaaa.. Nampaknya aku dah menampakkan tanda2 keletihan untuk bekerja. Lalala...
Kepala hotak telah berpusing-pusing mencari dimanakah destinasi selepas ni..
Selepas ini tangan ini akan terus ligat mencari lobang-lobang tempat kerja baru.
Semoga selepas ini ada betul-betul tempat kerja yang memenuhi jiwa ragaku..
Kah! Kah! Kah!! (Gelak buat2)

Monday, April 18, 2011

Allah bagi cash kalau buat salah.

Adooi.  Penat berjalan. 20 Minit menapak!! Dah 24 tahun duk kat penang aku still tak ingat jalan-jalan kat penang. Itulah balasannya kalau curik tulang.  4.30 aku dah cabut lari dari keja.  Ingat takmau tunggu bas depan ofis, sebab takut bos nampak, so aku menapak la jauh sikit. Alih-alih dah sampai ujung dunia.  Sume ni gara-gara aku tak ingat jalan-jalan kat penang.  Jalan dekat ada p amik jalan jauh... Balasan.. Balasan..

Sunday, April 17, 2011

No more facebook!

Assalamualaikum,
Takdak dah facebook.  Facebook tu ok. Takdak masalah dengan facebook.  Tapi yang bermasalah adalah orang yang tak pandai nak pakai facebook. (macam aku). -aku tak bermasalah.
Tetapi ada satu benda lagi yang lagi bermasalah adalah bila ada orang yang terlebih pandai menggunakan facebook.  Aku taktau orang tu tau mana dia bule tengok sume massage dalam inbox aku, tgk senarai friends aku and senarai block list aku, padahal pada masa yang sama aku dah block dia! Tapi aku salute, dia mmg pandai! Dia seorang yang hebat!!
Satu cara nak ajar orang macam ni adalah dengan diactivatekan account facebook! Ok cukup!

Saturday, April 16, 2011

G amik awie.

 Ni masjid Selat Melaka. Dekat Pulau Melaka. Nice..
 Berhenti makan kat RnR Guthree. Bawak bekal beb!
 Sempat jumpak incharge.. Maklumla.. Shah Alam area dia.

 Melaka pun ada jugak tempat macam kat Queensbay tu.. Angin sepoi-sepoi..
 Kak , kakcik n mak sibuk duk pilih talam. Ni dekat dalam heritage yang dalam dataran pahlawan tu...
 Mak n awie dah tak larat jalan.. sini area bandar hilir.
 Peace forever!
Di atas adalah antara gambar-gambar aku ngan family masa kami p amik awie aritu. Dia dah abis blaja. So, kami satu family p la amik dia. Sempat jalan-jalan area merlimau, bandar hilir.. Balik dari melaka singgah PD sat. Plan nak tidoq sana tapi mak nak balik cepat.
Ni la antara kejayaan aku berjaya memandu 4 jam. dari Penang ke Shah Alam. hehe.. kira lama la untuk pemandu amatur macam aku. hehe..

Thursday, March 10, 2011

New me!!


More post from me after dizz!! Watch out!!!

Sunday, November 01, 2009

Kursus.. Kursus..

Kursus k0munikasi & kecemerlangan perkhidmatan pelanggan..
Kursus 2 hari berlangsung di JPJ Negeri Selangor. Ni time rehat. Bule b'gambar. Hehe..

Sunday, October 25, 2009

Slamat pengantin baru!


Slamat pengantin baru!, originally uploaded by mizzmunier.

Slamat pengantin baru diucapkan kepada my cousin azhari arshad or aku slalu paggil bang cik. Semoga j0doh berkekalan hingga anak cucu ye.. Tahniah.

Saturday, October 24, 2009

Melawat rumah p.ramlee..


Melawat rumah p.ramlee.., originally uploaded by mizzmunier.

Melawat rumah p.ramlee.. Haritu dah mai melawat sini. Harini melawat lagi..

Friday, October 23, 2009

Azan ruffedge datang jpj.


Azan ruffedge datang jpj., originally uploaded by mizzmunier.

Artis dtg jpj!! Hehe.. Aku ingt kecoh pasaipa.. Rupanya ada artis dtg jpj.. So sempatla bergambar ngan azan ruffedge ni.. Kecik rupanya azan ni. Tapi sporting.. Senyum je.. Hehe..

Saturday, October 17, 2009

Happy deepavali!


Happy deepavali!, originally uploaded by mizzmunier.

Happy deepavali! Walaupun tak pegi mana-mana open house deepavali harini tapi ktorang tetap dapat hamper deepavali! Hehe. . En. Syukri owner rumah bagi.
Walaupun kicik tapi cukup untuk aku n farah.. Hehe..

Sunday, October 04, 2009

Crystal bay, Teluk Mas. Melaka.

Petang-petang takda apa nak buat g lepak crystal bay di teluk mas, Melaka.. Dah lama tak kena angin pantai..

Saturday, October 03, 2009

Umar aidil / umar fitri (nama xrasmi)

Umar aidil / umar fitri (nama xrasmi).. Tahniah utk abg ijad n kak bai.. Roz bkn main sronok lagi jadi maksu.. Hehe.. Budak ni siang ikut muka mak. Malam ikut muka bapak. Bule pulak..

Friday, October 02, 2009

Tringat zaman blaja dolu-dolu.. Hehe..

Tringat zaman blaja dolu-dolu.. Hehe.. Ida drop aku kat sini ja. Jalan-jalan sat. Satgi baru ros nak datang..

Welc0me to Melaka!! Hehe..

Welc0me to Melaka!! Hehe.. Akhirnya sampai jugak aku. Alhamdulillah.. Tengkiu idac0mel. Anda memandu dengan b'hati-hati skali.. Kejap lagi nak roger roz..

Wednesday, September 30, 2009

Sakit..

2 jam di klinik s.alam. Sume ni gara2 aku silap makan la ni. Sejak dari dalam bas aku dah pening2. Smpai di r&r sume makanan yang aku makan sehari sebelum tu terkeluar balik. Makanan apa yang aku t'silap makan ni? Adoyai..

G cek doktor dia cakap xle kuarkan mc sebab aku datang dah tengah hari.. Kalu nak mc kena datang awal2. Huh~

Sunday, September 27, 2009

Post live blogging pertama


Post live blogging pertama, originally uploaded by mizzmunier.

Ini merupakan posting live blogging pertama.

Thursday, September 10, 2009

tadak air!!!


huhu.. ni aku tak tau la sapa punya keja ni. samada pemaju tmpat aku tinggal ka or rukun tetangga sini yang buat onar.
kes tak bayar duet maintainance punya pasal. last2 bekalan air kat tmpat aku kena potong. apalagi. mengangkut air la aku ngan budak rumah aku.

balik keja petang semalam nasib baek la ada 1 bekalan air 1 timba farah tadah. sempat la kitaorang share mandi air tu. malam tu pakat berangkut la air kat bawah tu. kitaorang tingkat 2 ok la.. kalu yang tingkat lama tu??? ha.. hamek!

Saturday, August 29, 2009

kehawauan sabahan

maaf la.. bagi sapa yang tak paham dengan tajuk diatas. entri ni hanya untuk meluahkan rasa yang lahir dari jiwa.. ape nie??

dear sabahan.._bukan nama sebenar.

adakah anda begitu??? kenapa tak bagitahu?? bukan ka berbincang itu adalah lebih baik?? kalu ada yang tak kena terasa di mana-mana tak perlu la bersikap terburu-buru. tak perlu la baek di depan tak baek (cover)di dibelakang. Menyusahkan aku!

sesungguhnya hati ini sudah terluka.


p/s: serius aku nak blk penang skrg.. apakejadahnya s.a ini.

Sunday, August 23, 2009

Selamat berpuasa




Dah 2 hari puasa.. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk stat bersahur ngn berbuka ngn family untuk 2 hari pertama puasa ni. Bersahur dan berbuka ramai2 ngn mak bapak serta adik beradik mmg best. Walaupun makanan tu sikit tp kalu kongsi ramai2 cukup la jugak kan..
Inilah nikmatnya berpuasa di kampung.. kekurangan tu tak terasa.

Kalu nnt aku dah blk shah alam dah tak dengar mak aku panggil suruh bgn soq pagi2.. siap marah2 lagi. (kes lambat mangun) hehe... tp tu la.. aku blk jugak kg ni. hehe...

k la.. semoga anda sume dapat menjalani ibadah posa dengan jayanya. haha!

---------------------------->tk suka blk shah alam.

Wednesday, August 19, 2009

risiko.

tau apa yang jadi kat aku arini???

1st.. aku p laminate lesen org tp tak letak gambar.. adeh..

2nd... customer nya baki rm2 tapi aku p bagi rm2o.. bahaya... bahaya... lalai sungguh!

tu la.. kalu nak ikutkan, keja aku ni byk jugak risiko nyer.. walaupon hanya kerani cikai saja tp risiko tu ttp ada. org cakap risiko dimana-mana.

setiap urusniaga yang aku lakukan akan dipantau oleh penyelia.. ha.. contoh nak buat tukar nama tu sume kena mintak ID penyelia tuh..

kalau la in case jadi mcm situasi aku yang 1st tu.. aku bule disoal siasat. setiap urusniaga yang terbatal akan direkod oleh penyelia. kalu dlm sbln tu ada dlm 10 urusniaga yang terbatal.. ha.. aku kena bagi surat tunjuk sebab.. ha.. tak pasal2 aku kena p mengadap pengarah gara2 buat renew road tax silap.

utk situasi yang ke2 tu... risiko jugak sbb kalu duet short ha.. pandai2 la bayanq sendiri. termasukla kalu aku terima duet palsu. kalu di kesan oleh unit akaun.. mmg la kena bayaq.
kalu puluh2 takpa.. kalu ratus2.. tersedak jugak la jawabnya... hehe..

paling byk duet aku penah short ada la dlm rm70... duet dikhurtiri palsu tu adala aritu note rm100. sume ni sbb duet tu baru lagi.. ketas dia mcm len sikit. so unit akaun ingat duet palsu. last2 g tny bank.. bank ckp duet betol.. hehe.. alhamdulillah..

Thursday, August 13, 2009

12 ogos

terlebih sehari suda....

~~ thanks mak sbb lahirkan saya~~~~
saye sayang mak saye
thanks kpd member2 yg wish birthday utk aku..
1. mr luth
2. mr fr3ak
3. angah
4. piza anuat
5. alice
6. mastura
7. syafiq
8. ida comel
9. abg jan
10. yusuf jpj
11. ikhwan
and all da blog... fs.. facebook.. tagged.. myspace.. twitter.. 's members..
tak lupa member skola tadika.. skola rendah.. skola menengah.. uitm.. jpj..
tengkiu..

Tuesday, August 11, 2009

jiwa kacau menghadapi exam..


buku yang aku plan nk baca tp tak jadi baca. tak suka~~~~

susun atur tmpt exam mcm time spm dolu2.. cith!


kalu smlm aku ada exam utk menaip.. arini ada exam perkhidmatan.. ala.. kalu sorang tu dah masuk keja ni dia kena la ada exam utk sahkan jawatan tuh..
smlm jiwa ku kacau sdikit.. plan tak mau tidoq nak baca buku.. tp tgk buku bapak pny tebal last2 aku tk jadi baca. pkl 12 kol member lepak kedai mamak. baek makan roti canai lagi baguss!

exam arini kat politeknik shah alam.. budak2 rumah sume dapat kat the mines resort.. aku tak tau pasaipa aku sorang dapat kat poli shah alam. depa bule la share duet tuang myk sikit2. aku ni terpaksa la kol uncle teksi suh mai amik.. dah sorang nek sorang bayaq la.. aduyai...

sampai2 td kat pak gad of coz dia tak bagi masuk. uncle ckp mana2 tmpat blajaq mmg mcm ni. depa takkan bagi teksi masuk sampai dalam. dlm pala otak mmg aku dok pkiaq kena menapak sampai dalam.. adeh... dewan pon aku tak tau. tp nsb aku baek tadi.. turun ja teksi aku nampak k. aishah (staf jpj jugak) baru sampai. dia ajak tumpang keta dia masuk sampai ke dewan. dia pon tak dak member.. kalu dia habaq awai2 dia dapat kat poli shah alam tak dak la aku nek teksi sorang2. cith!

sampai dlm kol 8.30 pg.. exm stat 9.30 pagi.. apalagi. aku n k.aishah cari kantin dlu.. byk jugak budak2 poli kat kantin td... hehe.. yang besht aku dpt student prize. nasi ngn telur grg ngn sayur ngn milo rm3! hohohoho! kalu kat kantin jpj ni maunya dia cas smpai rm6 nih! (statement : kantin jpj selangor mmg cekik darah)

exm ni bule bawak buku kat dlm dewan peperiksaan.. member2 aku ckp duk dekat2.. bule share2 jwpn.. tp.. huh~~~~ mcm harr... sebijik mcm exam spm! dah la aku sorang tak bawak buku (kes malas beli buku).. aku dah tatau nak ushar jawapan sapa. last2 buat jgk. nasib baik soklan ABC! kalu subjektif mmg punggah... tp ok gak takdak buku ni. tak paya nak penin pala nak belek2 kalu jwpn tak pasti. (ye la.. dh mmg tadak buku kan) alhamdulillah.. dlm masa 15 min aku siap sume. so.. tunggu je la masa habiss...

blk rumah.. tido.. ptg.. basuh baju... mlm... melangut!.

masalah??? masih belum selesai..... oh bulan... enggan melayan diriku lagi...

Monday, August 10, 2009

puas hati atau serik???

kadang-kadang sesuatu yang kita rancang tak semestinya menjadi. btlla kata pepatah.. kita hanya merancang, tuhan yang tentukan.
~~esok aku smbung. adeh..

Saturday, August 01, 2009

new hot stuff

antara suka dan duka...
fon lama kesayangan aku yang dlu telah rosak. w580i.. walaupon aku tak menafikan tiap2 mlm aku tidoq atas fon tu hingga LCD dia rosak tp aku tak sanggup nak jual fon tu. akibatnya bln ni rabak gaji aku terpaksa beli fon baru.
k660i.. walaupon bkn fon pilihan tp ramai yang kata lawa.. hehe...

laman sesawangku bersawang!!!

apa hal ni??? sibuk la sgt.. semenjak dua menjak ni aku agak sibuk dengan tugas harian.. ditambah pulak dengan broadband buat hal pulak.. (kes tak bayar bil) lagi la aku tak dak masa nak update.
kalu dikira dah dekat 2 bln dah aku tak jenguk2 sini. tp...
ADA AKU KESAH???

Sunday, June 28, 2009

~aku dalam dilemma~~

~DILEMMA~
~DILEMMA~
~DILEMMA~
adeh..

Tuesday, June 09, 2009

nak dijadikan crita...

SPOTCHECK!!!!
ari sabtu ritu.. tanggal nam.nam.douribusembilan.. mak berangkat mai s.alam...ngn 2 org kakakku.. asalnya nak mai tgk cmna kehidupan anak dia di perantauan nieh.. mkn pakai cukup ka.. ok la tu..
dh sampai rumah tu mak aku cek2 la kat rumah.. itu.. ini.. suma lulus la. rumah kemas.. tak sepah2... bju tak dak yang delay basuh. (~~~ seminggu sblm tu mmg aku dh kemas dh. sehari sblm mak mai tu mmg tiap2 jam aku sapu sampah. hehe.. )
cuma 1 ja mak aku tegoq.. time hidang ayiaq tu.
"Yang.. mana talam yang??? "
"hehehe.. talam tak dak mak. ni tudung tupperware kira aci la ek... "
masa kat rumah tu mmg sure la tadak makanan kan.. hehe. nak masak bule.. tp takkan la nak suh mak aku mai masak kat rumah aku lak... nak harap aku masak.. ha.. insyaAllah..
_takjanji_
so aku bawak mak jenjalan kat Plaza alam sentral.. letih jgk jalan.. sana kan byk bju2 pmpuan nieh.. so shoping sakan la kan.. ~mcmla kat penang tadak juai bju2an ni kan???~


aku bawak je.. tp mknn aritu disponsor oleh mak aku sendirik.. tengkiu mak. erk..
ok la tu. kita anak branak kan.



seken day..
nak dijadikan crita. plan nya nak bawak mak p pasar pagi shah alam. tup2 pagi tu aku terjatuh masa nak turun tangga kat flat tmpt tinggal aku tu.. beradoi la jgk. ada cedera sket.. tp tak sakit pa pon..

lepas jalan2 kat pasar pagi pi tesco lak sbb nak beli drawer.. time balik tu aku dah rasa sengal2 kat pergelangan tgn.. tgk2 dh bengkak tgn aku... trus mak suh p klinik. cek2 dokter suh p xray sbb kemungkinan tulang aku retak.. tuuudiiaaa...
punggah!!
dia buat surat suh p hospital utk xray... adoi.. time tu mmg tak tertahan dh.. mmg dh brapa round aku nangis.. tambah lagi tunggu berejam kat spital klang.. lagila..
tp aku maintain amik gambaq time tu.. hehe...

u can see my penumbuk??? hahahahaha!! dah mcm tangan giant dh tgn nih.. tak sangka bule bgkak sampai mcm nie... kira tragik jugak aku jth tuh...
last2.. ahad malam nak hantaq mak balik penang.. aku pon turut serta..
yeay.. balik penang.. mc 2 ari beb.... ngeee....


p/s : dh blk png tu mcm2 org tnya.. awat jadi camni.. cmna bule jatuh. tny tu.. tny nie.. penat gak menjawab. paling tak tahan spupu aku tny...
"hang jatuh tingkat brapa???" mmg nak kena sudu budak tu!!






Wednesday, May 13, 2009

update.. update..

jgn salah faham... time ni mmg tadak customer.. ni la ghopenyerr situasi ~bukan lagu bunkface~ keja saya... renew road tax.. renew road tax...

walaupon nmpk rilek.. tu kalu bule xray pala otak tu bule nampak lalat dok pusing2.. pening melayan karenah org ramai.. ada yg besht.. yg tak besh... tp aku anggap ni la cabaran keja sini.
Go munirah !! Go!! semangat! semangat!!

Tuesday, May 12, 2009

~SELAMAT HARI IBU~~~

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada ibu tercinta
Siti Mariah binti Saad..
Yang sayanggg mak!!!

cukup bulan ceq balik png na....

CSL... ok ker????

Apa pendapat anda???


Hmmmmm... bule tahan...
lawa dakkk???
rm 750.00 cap CSL...huh.. pikiaq 2 kali.



alamanda putrajaya...

tgh time tu lak tgh sale.. ntah.. barang2 bonia.. org putrajaya ni gila shoping jgak yee?? aku tadak duet.. gji tak masuk lagi time tu. sabo je la.

Sunday, May 03, 2009

aku ketinggalannn!!!!


MAAF!!! lama tak update.. mmg aku ketinggalan pon sejak 2menjak nieh.. pagi p keja.. ptg blk keja.. mlm melenggung saja.. apa nak buat. INTERNET TADAKK!!!!
sememangnya aku
BOSANNNN~~~
insyaAllah.. lps ni tak busan dah.. kerana aku ada....
CELCOM BERUKBAND!
(ni incik p yg ajaq)
YEAY! wak lu!!!
(ntah pekajadah wak lu ni????)
yez! yez! yez!

Monday, April 06, 2009

balik jua akhirnya.. haha!

hehe.. mak aku suprize (terkezutt) aku blk penang! haha! nak wat camna kan.. hati tak srasi lagi la kat sana.. cewah.. yer2 ja aku nih..
masa mula2 tu ingat membazir lak blk sbb sabtu ahad ja. tp nak wat camana 2 ari pon 2 ari la.. janji bule blk penang ork?? sapa nak kesah.. tp masalah aku blk pat ari!!! lajak sampai ari slasa..!!
muahahahahahahahahaha! aku suka~~~~

Friday, April 03, 2009

JPJ????

Alhamdulillah.. aku dah melapor diri pada 31 mac dulu kat Lembaga Lebuhraya M'sia... Tengkiu la kepada Luth.. Fr3ak dan rakan2 lain yang dok bagi panduan aku nak mai K.L nih... Trimazz!!! Ramai gila depa amik intake kali ni .. ada la dlm 1400++ org.. tak tau la kerajaan nak tempatkan kami kat jabatan mana.. huh~~

Aku ni dok ingat dh dapat keja sini aku keja sini.. tp.. tup tup.. ha.. ada benda yang aku tak tau.

Mengikut taklimat yang aku dengar aritu.. kami ni akan ditempatkan di kementerian.. ada kat Putrajaya.. ada kat KL.

Nak dijadikan cerita.. sblm aku berangkat mai sini aku dah booking awal2 rumah kat ptrajaya.. memang aku ingat mati2 aku keja sini.. deposit rumah sewa pon dah bayar!

Kay2.. sambung cita. Bila dah ditempatkan kat kementerian.. kementerian akan tempatkan kami ni kat jabatan2 pulak! bila p jabatan.. depa akan agih pulak kami ni kat cawangn2 or agensi bawah jabatan tuh... cawangan or agensi ni di seluruh m'sia! so.. aku tak sure la keja sini ka dak! aduyai....

tunggu punya tunggu.. Alhamdulillah.. aku dapat kementerian pengangkutan.. dan arini.. tanggal 4hb.. aku ditempatkankan di jabatan pengangkutan jalan putrajaya.. hmmm... JPJ.. ok la!

kalu aku ada peluang.. kalu jpj kat penang ada kosong bule la aku apply p tukaq penang.... hmm.. musti mak aku syiok gila! haha!

tapi tu la.. awai2 depa cakap jpj penang penuh.. kalu ada pon.. ramai lagi yang dok Q nak masuk. yang ibu ngandong.. yang nyusu anak.. ha.. ramai lagi yg apply nak balik state. huh~~~ takpa. keja sini dulu la.


Skrg aku dok berkira2.. nak balik penang ka dak mlm nih.. hmmmmmmm.......................????

Saturday, March 28, 2009

kenangan di GSC


Huh~~.. arini last keja.. sedih sangat nak tinggal tempat keja aku tu di Pusat Latihan Komputer IT Base, Global Computer Services , Pusat Bandar Seberang Jaya.. Bos sempat jugak bagi nasihat tadi supaya aku pandai-pandai bawak diri kat tempat orang... Tengkiu K.Ina dan En. Omar.. Aku pasti merindui tempat nie..Business kad aku.. (thanks fr3ak).. lepas ni tak le guna dah kad nieh.bergambar dengan pintu.. ada makna nieh..



Budak 2 orang nieh.. Trimaz la dok tulong aku wat keja..

Thanks Khairi n Nurul~


Student2 aku.. huhu~~~ ni salah sorang.




& last thing.. depa2 nieh.. Juma n Ina.. Tengkiu sangat2!



Sekarang.. bermula lah era aku di perantauan....

Kuala Lumpur!!! Menjerit!!!!

Aw! Aw! Aw!

AAwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!